Korea Utara ingatkan China tentang penjajahan untuk perkukuh hubungan


Hubungan antara Tokyo, Beijing, dan kedua-dua negara Korea masih banyak dipengaruhi oleh sejarah peluasan jajahan Jepun pada separuh pertama abad ke-20. – Gambar EPA, 22 Jun, 2019.

HUBUNGAN Pyongyang dengan Beijing “tidak dapat dikalahkan” kerana kedua-dua negara itu pernah menderita di bawah pemerintahan Jepun, kata Korea Utara pada hari Sabtu, selepas lawatan simbolik Presiden China Xi Jinping ke negara itu berakhir.

Ulasan yang diterbitkan dalam akhbar Korea Utara, Rodong Sinmun, itu tampil sebelum sidang kemuncak G20 yang akan diadakan tidak lama lagi di Jepun yang bakal menyaksikan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan Xi Jinping.

Di tengah-tengah berlangsungnya perang dagang antara Beijing dan Washington, China mengingatkan Trump mengenai pengaruh yang dimilikinya terhadap kerajan Pyongyang yang memiliki senjata nuklear, di samping turut menjalin hubungan rapat dengan Jepun - sekutu utama AS di rantau ini - bagi  bertindak sebagai benteng terhadap dasar perlindungan Amerika Syarikat.

Hubungan antara Tokyo, Beijing, dan kedua-dua negara Korea masih banyak dipengaruhi oleh sejarah peluasan jajahan Jepun pada separuh pertama abad ke-20.

Sehingga kini, media Pyongyang masih terus mengkritik Jepun saban hari ekoran penjajahan yang pernah dilakukan tersebut.

Rodong Sinmun ada hari Sabtu mendedikasikan lima muka surat awalnya bagi melaporkan lawatan kedua Xi ke Pyongyang, dan tulisan editorial berasingan menyatakan bagaimana “tempoh suci perjuangan anti-Jepun telah menjadi asas persahabatan Korea Utara-China”.

“Hubungan Korea utara-China adalah persahabatan yang tidak dapat dikalahkan, yang tegas menggabungkan persahabatan dan kepercayaan tentera,” katanya lagi.

Xi, dalam satu laporan yang diterbitkan akhbar itu awal minggu ini, juga berkata rakyat kedua-dua negara  turut bersama menentang “pencerobohan asing” dan menyokong antara satu sama lain dalam menerapkan dasar sosialisme. – AFP, 22 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen