11.7 juta penduduk di Tanduk Afrika berdepan ancaman kebuluran, kata PBB 


Agensi PBB berkata, banyak kawasan yang terjejas akibat kemarau di seluruh rantau tersebut turut berdepan konflik dan keganasan dalaman. – Gambar EPA, 22 Jun, 2019

KEMARAU yang teruk di Tanduk Afrika menyebabkan kira-kira 11.7 juta orang berdepan ancaman kebuluran, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.

Laporan itu, yang disediakan oleh Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), menyebut bahawa lebih 785,000 kanak-kanak mengalami malnutrisi yang teruk di Ethiopia, Kenya, Somalia dan Uganda susulan musim kemarau di rantau itu.

Kemarau turut meningkatkan risiko penyakit seperti kolera, demam kepialu, cirit-birit, jangkitan pernafasan akut dan campak,” menurut OCHA dalam laporan itu.

Agensi PBB itu berkata banyak kawasan yang terjejas akibat kemarau di seluruh rantau tersebut turut berdepan konflik dan keganasan dalaman. – Bernama, 22 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen