FILIPINA setuju untuk menjalankan siasatan bersama China ke atas kejadian bot nelayan yang tenggelam di Laut China Selatan, kata jurucakap Presiden Rodrigo Duterte, hari ini.
Perlanggaran antara kapal China dengan bot nelayan Filipina di perairan yang jadi pertikaian itu 9 Jun lalu, mencetuskan kemarahan orang ramai.
Manila menuduh kapal China membiarkan 22 nelayan rakyatnya, yang kemudian diselamatkan oleh bot nelayan Vietnam. Bagaimanapun, ia dinafikan Beijing.
Sebalikya, China berkata kapal itu pada mulanya cuba menyelamatkan nelayan terbabit tetapi takut dikepung oleh nelayan Filipina lain.
Jurucakap Duterte, Salvador Panelo dalam satu kenyataan berkata presiden itu setuju untuk menerima tawaran dari China untuk bersama untuk menyiasat kejadian tersebut.
Siasatan bagi menentukan apa yang sebenarnya berlaku ketika kejadian.
Panelo menambah, pasukan siasatan perlu terdiri daripada seorang wakil masing-masing dari China dan Filipina, yang cekap dan berkelayakan. Ia juga mesti disertai oleh seorang wakil dari negara yang neutral.
Seorang jurucakap Kementerian Luar China pada pada Khamis menggesa satu siasatan bersama dijalankan. Perkara ini harus diselesaikan secara baik, kata jurucakap itu. – AFP, 22 Jun, 2019.
Komen