POLIS Brazil mengesyaki paderi, suami seorang wakil rakyat terkenal, yang ditembak mati minggu ini oleh dua daripada 55 anak mereka susulan “pengkhianat perkahwinan”, menurut laporan semalam.
Anderson do Carmo, 45, ditembak 30 kali pada awal pagi Ahad di rumahnya di Niteroi, Rio De Janeiro.
Dua hari kemudian, salah seorang daripada 51 anak angkat kepada Flordelis dos Santos Saouza, wakil rakyat dari Rio, mengaku melakukan pembunuhan itu.
Anak angkat itu berkata dia berbuat demikian atas arahan salah seorang daripada empat anak kandung dos Santos Saouza.
Kedua-duanya sedang dalam tahanan.
Laporan media menyebut konflik keluarga melibatkan tiga beradik dan wakil rakyat itu, didakwa kerana pengkhianatan perkahwinan oleh paderi itu.
Laporan turut memetik sumber berkata polis mengesyaki tiga beradik dan wakil rakyat itu terlibat dalam pembunuhan.
Dos Santos Souza adalah ahli Parti Demokrat Sosial (PSD) dan mendapat 197,000 undi pada pilihan raya 2018, terbanyak diterima wanita di negeri Rio.
Beliau berjumpa suaminya pada 1994 dan bersama-sama menunuhkan Community of the Evangelical Ministry Flordelis. – AFP, 22 Jun, 2019.
Komen