30 maut dalam kebakaran kilang di Indonesia


Kebakaran maut sering berlaku di Indonesia disebabkan oleh piawaian keselamatan yang kurang baik. – Gambar EPA, 21 Jun, 2019

SEKURANG-KURANGNYA 30 orang termasuk beberapa kanak-kanak terbunuh dalam satu kebakaran di sebuah kilang sdi Indonesia hari ini.

Ketua agensi bencana Riadil Lubis berkata, punca kebakaran masih tidak dikenal pasti tetapi api telah pun dipadamkan.

“Sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak terlibat dalam insiden ini,” katanya.

Penduduk tempatan Budi Zulkifli berkata, dia terdengar bunyi letupan kuat ketika hendak keluar menunaikan solat Jumaat.

Ketuga Agensi Pengurangan Bencana Langkat memberitahu Metro TV Irwan Syahri berkata, kemungkinan kanak-kanak itu dibawa bersama ke tempat kerja oleh ibu bapa  mereka.

“Kesemua mangsa rentung dan sukar dikenal pasti,” katanya.

Ketua Polis Binjai Nugroho Tri Nuryanto mengatakan ledakan gas canister telah memadamkan api, tetapi punca kebakaran masih dikenal pasti.

Bagaimanapun masih tidak dapat dikenal pasti mengapa terdapat kanak-kanak di tempat kejadian.

Kebakaran maut sering berlaku di Indonesia disebabkan oleh piawaian keselamatan yang kurang baik.

Pada 2017, sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kilang di luar Jakarta.

Manakala 17 orang terbunuh apabila kebakaran berlaku di sebuah bar karaoke di Pulau Sulawesi pada 2015 dan pada 2009 seramai 20 orang maut apabila bar karaoke di Medan terbakar. – AFP, 21 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen