LEBIH 40 orang terbunuh dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas di Himachal Pradesh utara India pada Khamis.
Bas itu dipercayai terbabas sebelum terhumban ke dalam gaung di daerah Kullu, memetik laporan media tempatan.
Tribune melaporkan, ketika kejadian bas dengan 42 tempat duduk itu membawa 58 penumpang.
Kerajaan Himachal Pradesh telah mengarahkan siasatan dilakukan bagi mengenal pasti punca nahas.
India mencatatkan kadar nahas jalan raya yang tinggi, berpunca kecuaian ketika memandu, keadaan jalan raya tidak sempurna dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang lalu lintas.
Pada 2017 sejumlah 147,913 nahas jalan raya dilaporkan, kata Kementerian Pengangkutan di parlimen Januari lalu. – Bernama, 21 Jun, 2019
Komen