Ribuan sertai tunjuk perasaan di Hong Kong


Bermula sejak pukul 7 pagi lagi, penunjuk perasaan yang berpakaian hitam mula berkumpul di kawasan kompleks kerajaan. – Gambar AFP, 21 Jun, 2019.

RIBUAN penduduk Hong Kong mengadakan tunjuk perasaan di kompleks utama kerajaan dan jalan-jalan utama hari ini, mendesak pemimpin pro Beijing meletak jawatan atas rang undang-undang yang mencetus krisis politik terbesar di wilayah itu.

Tunjuk perasaan meletus susulan keengganan kerajaan memenuhi tuntutan supaya usul yang membolehkan penduduk Hong Kong diekstradisi ke tanah besar China dibatalkan.

Kumpulan pembangkang juga mendesak Ketua Eksekutif Carrie Lam  meletak jawatan.

Bermula sejak pukul 7 pagi lagi, penunjuk perasaan yang berpakaian hitam mula berkumpul di kawasan kompleks kerajaan.

Penganjur juga menggesa tunjuk perasaan diadakan di jalan raya dan orang ramai diminta berkumpul di bahagian lain di Hong Kong sebagai tanda sokongan.

Penunjuk perasaan di kompleks kerajaan membawa sepanduk yang meminta polis tidak menembak mereka.

Selain menggesa rang undang dibatalkan dan Lam  meletak jawatan, mereka juga mahu peserta yang ditangkap semasa bantahan dibebaskan dan siasatan terhadap keganasan polis dijalankan.

“Kerajaan masih belum penuhi tuntutan kami. Selepas beberapa hari, mereka masih menyalahkan orang lain,” kata salah seorang penunjuk perasaan, Poyee Chan, 28.

“Jadi, saya rasa kami kena keluar dan beritahu mereka: kami tak mahu terima maklum balas palsu.”

Gesaaan bagi tunjuk perasaan hari ini disampaikan oleh kesatuan pelajar dan pengajur tidak rasmi hari ini menerusi menerusi media sosial dan aplikasi Telegram. – AFP, 21 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen