Hubungan Turki-China bakal berkembang, kata Erdogan


Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menegaskan pihaknya sentiasa berusaha mengekalkan hubungan dengan China dan tidak pernah menyokong perpecahan negara itu. – Gambar EPA, 21 Jun, 2019.

TURKI tidak akan memberi sokongan kepada usaha untuk memecah-belahkan China dan hubungan dua hala akan berkembang “dalam cara yang amat berbeza” susulan beberapa siri pertemuan peringkat tinggi, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Khamis.

“Kami tidak akan membenarkan perpecahan dan pemecahan China berlaku,” kata presiden itu dalam sesi soal jawab dengan media asing di Istanbul.

“Kami telah berusaha mengekalkan hubungan kami dengan integriti. Kami tidak pernah menyokong perpecahan China. Kami tidak akan membantu perkara seperti ini,” katanya.

Erdogan bercakap tentang pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping di ibu kota Tajikistan iaitu Dushanbe baru-baru ini, kunjungannya ke Osaka, Jepun untuk menghadiri sidang kemuncak G20 pada akhir bulan ini dan lawatannya ke China pada 2 Julai.

“Kami akan membincangkan hubungan Turki-China dalam semua aspek dan saya percaya bahawa hubungan dua hala kami akan berkembang dalam cara yang amat berbeza selepas kesemua pertemuan ini,” katanya. – Bernama, 21 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen