KEMENTERIAN Kesihatan masih belum mengenal pasti punca kematian 12 Orang Asli yang jasadnya diambil dari Kg Kuala Koh di Gua Musang, kata menterinya Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, hasil bedah siasat dan ujian lain masih belum dikeluarkan.
“Kami masih belum dapat mengesahkan (sekiranya ia adalah demam campak) kerana keputusan masih belum keluar.
“Tetapi kami boleh sahkan bahawa bagi bedah siasat lain yang dijalankan, ia adalah demam campak,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.
Setakat 16 Jun, jasad 12 Orang Asli dari suku Bateq dikeluarkan dari Kg Kuala Koh dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.
15 orang penduduk kampung berkenaan meninggal dunia yang berpunca daripada penyakit misteri sejak awal tahun ini.
Dr Dzulkefly berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas dua mangsa pertama pada awalnya menunjukkan kematia Orang Asli itu berpunca daripada jangkitan paru-paru, kerana ia belum disahkan demam campak.
“Tetapi selepas bedah siasat kedua dan semua kes lain, kita boleh sahkan ia adalah demam campak.”
Menurutnya, situasi di Kg Kuala Koh adalah terkawal dan sebagai tindakan untuk wabak itu, pejabat kesihatan daerah akan mengadakan program imunisasi campak kepada suku Bateq dan masyarakat lain yang berhampiran.
“Jabatan Kesihatan Keantan telah mengesan sejumlah 113 kes berkaitan isu pernafasan di Kg Kuala Koh dan sejak itu, tiada kes baru atau kematian dilaporkan,” katanya.
Mengenai sama ada masalah berkenaan telah ditangani, beliau berkata penyakit itu biasanya akan berlaku dalam dua minggu tetapi mengulangi bahawa vaksinasi adalah penting. – 20 Jun, 2019
Komen