Parti buat keputusan ke atas Haziq, bukan saya, kata Azmin


Chan Kok Leong

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap permintaan partinya untuk tidak memecat Haziq Abdullah Abdul Aziz susulan rakaman video seks yang didedahkan minggu lepas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 20 Jun, 2019.

TIMBALAN Presiden PKR Azmin Ali menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap permintaan partinya untuk tidak memecat Haziq Abdullah Abdul Aziz susulan rakaman video seks yang didedahkan minggu lepas.

“Keputusan telah dibuat. Saya tidak boleh dedahkan lagi.

“Bukan, ini bukan saya puas hati atau tak. Kamu perlu melihat persepsi orang ramai,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu pada majlis sambutan Hari Raya Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mencadangkan agar Haziq dipecat dari parti itu kerana dianggap telah mencemar dan memalukan parti.

Dalam satu siri klip video seks diikuti dengan pengakuan video Facebook, Haziq mendakwa dia telah terlibat dalam hubungan seksual dengan Azmin.

Bagaimanapun, Azmin menafikan beliau terlibat dalam video seks berkenaan.

Terdahulu hari ini Azmin kelihatan tidak bersetuju dengan keputusan partinya yang tidak memecat atau menggantung keahlian Haziq sebaliknya memintanya menjawab surat tunjuk sebab.

“Saya tidak boleh bersetuju dengan kamu. Tetapi apa yang boleh saya katakan,” katanya ketika ditanya sama ada beliau merasakan bahawa kepimpinan parti seharusnya memecat Haziq.

PKR telah memutuskan untuk memberi masa 14 hari kepada Ketua Pemuda PKR Santubong untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR semalam.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, lembaga itu mengemukakan empat cadangan termasuk keputusan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Haziq yang disahkan oleh biro politik semasa mesyuaratnya.

“Kehadiran hampir penuh kecuali Azmin. Kami menghormati semua pandangan tetapi keputusannya seperti yang disepakti oleh lembaga disiplin,” katanya.  – 20 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen