Korea Selatan gesa hakim dipecat kerana kurangkan hukuman penjara perogol


Minggu lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Seoul Han Kyu-hyun mengurangkan hukuman terhadap seorang perogol dari lapan tahun kepada tiga tahun dan mengatakan terdapat “bukti yang tidak mencukupi” selain kenyataan kanak-kanak itu bahawa Lee menyerangnya. – Gambar EPA, 20 Jun, 2019

LEBIH 100,000 warga Korea Selatan menuntut pemecatan seorang hakim yang mengurangkan hukuman penjara ke atas seorang perogol kanak-kanak.

Lee yang hanya dikenali dengan nama keluarganya dipenjara pada November selama lapan tahun kerana merogol seorang kanak-kanak berusia 10 tahun selepas meminum arak di rumahnya pada 2018.

Lelaki berusia 35 tahun yang membuka pusat tuisyen swasta mendakwa perbuatan itu dibuat atas persetujuan dan dia percaya mangsa lebih tua dari persetujuan umur Korea Selatan iaitu 13 tahun.

Minggu lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Seoul Han Kyu-hyun mengurangkan hukuman itu kepada tiga tahun dan mengatakan terdapat “bukti yang tidak mencukupi” selain kenyataan kanak-kanak itu bahawa Lee menyerangnya.

Aktivis hak wanita dan orang awam membantah keputusan itu dengan mengatakan kanak-kanak itu merupakan mangsa keganasan seksual yang tidak dilindungi.

Peguam yang mewakili ramai mangsa serangan seksual berkata, mangsa berusia 10 tahun dan mahkamah mengendalikan kes itu seolah-olah kanak-kanak itu orang dewasa.

Sehingga hari ini lebih 115,000 warga Korea Selatan menandatangani petisyen dalam talian meminta Han meletak jawatan.

“Badan kehakiman kami tidak tegas terhadap pesalah seks.  

“Di dunia yang korup ini, mangsa hidup dalam ketakutan sementara pelaku terus hidup tanpa malu, mungkin kerana adanya hakim seperti dia,” tulis petisyen itu. – AFP, 20 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen