LEBIH separuh rakyat di Myanmar yang hidup dalam kemiskinan mendorong Singapura dan Malaysia menderma basikal kitar semula bagi memudahkan anak-anak di negara itu pergi ke sekolah.
Thae Su Wai kini tidak perlu lagi bergerak sejauh 10 kilometer selama dua jam untuk pergi ke sekolah.
“Saya ada banyak masa untuk belajar dan bermain dengan rakan-rakan,” katanya yang bersekolah di Kampung Nhaw Kone berhampiran Yangon.
Kanak-kanak berusia 11 tahun itu antara 200 murid pertama yang menerima basikal sebagai sebahagian daripada usaha Lesswalk, gagasan Mandalay, Mike Than Tun Win.
Beliau dibesarkan dan menerima pendidikan di Singapura sebelum kembali ke Myanmar lapan tahun lalu dengan ijazah perniagaan.
“Saya melihat pelajar berjalan berjam-jam untuk bersekolah dan saya berasa kasihan,” katanya.
Unicef mengganggarkan 55% kanak-kanak di Myanmar hidup dalam kemiskinan.
Jadi apabila Mike mendapat tahu syarikat basikal oBike, Ofo dan Mobike telah menarik keluar dari Singapura serta Malaysia serta meninggalkan beribu-ribu basikal kitar semula, dia meraih peluang yang ada.
Pelabur berteknologi membeli 10,000 motosikal awal tahun ini dan menghantarnya ke Myanmar.
Beliau berharap mereka dapat membantu anak-anak di Myanmar mendapat pendidikan lebih baik supaya dapat melarikan diri dari kemiskinan.
Setiap basikal kitar semula mencecah kos US$35 (RM145) termasuk kos penghantaran dan pengedaran dan beliau membayar separuh kos dengan separuh lagi ditaja.
Yangon adalah lokasi pertama Lesswalk sebelum Mike melancarkan skim itu ke Mandalay dan Sagaing akhir bulan ini.
Kanak-kanak berusia antara 13 hingga 16 tahun yang tinggal lebih dua kilometer dari sekolah akan diberi keutamaan.
Mike berkata, ini hanya permulaanya dan matlamatnya untuk mengekalkan momentum serta menyerahkan sejumlah 100,000 basikal dalam tempoh lima tahun.
“Basikal itu mungkin tidak bernilai apa-apa di Singapura tetapi berharga di negara lebih miskin,” katanya. – AFP, 20 Jun, 2019.
Komen