LIGA Arab telah menggesa semua pihak di Sudan mengadakan dialog dalam usaha mengatasi krisis semasa, lapor Agensi Berita Jordan (Petra) memetik kenyataan liga itu.
“Apa yang Liga Arab lakukan ketika ini ialah bergerak seiring dengan pembangunan di Sudan dan Liga tidak boleh mengemukakan sebarang idea atau inisiatif kepada mana-mana pihak,” kata Penolong Setiausaha Agung organisasi pan-Arab itu dalam kenyataan pada Rabu dan berharap Sudan sekali lagi akan menikmati kestabilan serta meneruskan trajetorinya dalam pembinaan dan pembangunan.
Liga itu memuktamadkan mesyuarat ke-21 pasukan pakar tetap Sekretariat Teknikal menteri-menteri media Arab.
Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit dan Speaker Parlimen Yaman Sultan Burkani pada Rabu membincangkan perkembangan terkini di Yaman.
Aboul Gheit menekankan bahawa “inisiatif Teluk,” yang merupakan hasil Dialog Nasional Kuwait dan resolusi 2216 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” telah menjadi asas sebarang penyelesaian yang mungkin untuk krisis Yaman.
Jurucakap organisasi pan-Arab Mahmoud Afifi berkata: “Setiausaha Agung menegaskan semasa pertemuan itu mengenai hasrat Liga Arab untuk mencapai satu penyelesaian aman dan mampan bagi krisis Yaman dan mengguna pakai langkah-langkah ketat untuk berdepan permusuhan dan keganasan.” – Bernama, 20 Jun, 2019
Komen