DEWAN Ulama PAS yakin gabungan parti itu dengan Umno akan membolehkan mereka meraih undi lebih besar berbanding Pakatan Harapan (PH) dalam PRU15.
Ketua sayap itu Mahfodz Mohamad menyatakan jangkaan itu dengan membandingkan jumlah undi popular diraih PH dan juga jumlah undi diraih Umno dan PAS dalam PRU14.
Jelasnya, PH hanya mendapat 5 juta undi manakala Umno meraih 4 juta undi dan PAS sekitar 2.3 juta undi waktu itu, kata Mahfodz dalam ucapan dasarnya di muktamar Dewan Ulama hari ini.
“Jika kerjasama kita di antara PAS dan Umno berjaya, 65% undi Melayu Islam akan dapat dihimpunkan dalam satu blok.
“Gabungan undi Umno dan PAS lebih daripada yang diterima oleh PH,” katanya yang menyokong gabungan di antara kedua-dua parti Melayu itu.
Muktamar PAS ke-60 kali ini, yang kedua diadakan selepas PRU14, memberi peluang kepada pemimpin tertingginya untuk mempengaruhi ahli untuk mengetepikan permusuhan dengan Umno.
Pemimpin sayap ulama PAS yang berpengaruh dalam parti antara lain menyifatkan kerajaan PH lebih buruk berbanding Barisan Nasional yang ditentang dalam PRU14. – 20 Jun, 2019.
MENYUSUL
Komen