Lubnan, Arab Saudi jalin kerjasama kekalkan keamanan di negara-negara Arab


Jawatankuasa Persahabatan Parlimen Lubnan dan Majlis Syura Arab Saudi menegaskan ada keperluan untuk menjalin kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan di negara-negara Arab. – Gambar fail AFP, 20 Jun, 2019.

JAWATANKUASA Persahabatan Parlimen Lubnan dan Majlis Syura Arab Saudi pada Rabu menegaskan bahawa terdapat keperluan untuk menjalin kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan di negara-negara Arab, lapor agensi berita China Xinhua memetik Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

“Adalah penting untuk berusaha mengekalkan perpaduan dalaman negara-negara Arab sambil mencegah perang dan sebarang perpecahan,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan kedua-dua delegasi.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua delegasi bersetuju menjalin kerjasama bagi memerangi keganasan.

“Arab Saudi dan Lubnan turut berikrar untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara di semua peringkat,” katanya.

Delegasi Majlis Syura Arab Saudi, yang diketuai Saleh Bin Manih Al Khalyawi, tiba di Lubnan pada Selasa untuk mengadakan perbincangan dengan para pegawai negara itu berkaitan cara-cara meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara. – Bernama, 20 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen