Majlis Ulama Aceh haramkan PUBG


Baru-baru ini Iraq, Nepal dan Gujarat di India mengharamkan permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) kerana bimbang ia akan mencetuskan keganasan di dunia sebenar. – Gambar fail EPA, 20 Jun, 2019.

SATU kumpulan Islam di Indonesia mengenakan fatwa terhadap permainan online yang sangat popular tetapi ganas, kerana dikatakan ia menghina Islam dan menjadikan pemainnya yang ketagih, ganas.

Fatwa itu dikeluarkan di Aceh, susulan Iraq, Nepal dan Gujarat di India mengharamkan permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) kerana bimbang ia akan mencetuskan keganasan di dunia sebenar.

Dalam permainan itu, karakter saling membunuh, dan ia menjadi salah satu permainan paling popular.

Semalam, Majlis Ulama Aceh menggesa penduduk tidak bermain PUBG, dan berkata kerajaan sepatutnya mempertimbangkan untuk mengharamkannya serta-merta.

Melanggar fatwa tidak menyebabkan seseorang itu dihukum, tetapi Majlis Ulama di peringkat nasional mula mempertimbangkan untuk melakukan desakan sama terhadap permainan itu.

“Fatwa kami mengatakan PUBG dan permainan lain yang serupa adalah haram kerana ia boleh mencetuskan keganasan dan mengubah sifat manusia,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Aceh Faisal Ali.

“Ia juga menghina Islam.” – AFP, 20 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen