Polis Australia hentikan sidang akhbar tangkap suspek jenayah


Sarjan Detektif Daren Edwards sedang memberikan keterangan di hadapan pemberita di kawasan hadapan balai polis di Queensland's Sunshine Coast sewaktu beliau menyedari ada seorang lelaki sedang dikejar orang.

SIDANG akhbar yang dianjurkan pihak polis Australia tiba-tiba dihentikan apabila seorang detektif kanan tiba-tiba berlari bagi menangkap seorang  suspek sekaligus menjatuhkannya ke tanah.

Sarjan Detektif Daren Edwards sedang memberikan keterangan di hadapan pemberita di kawasan hadapan balai polis di Queensland’s Sunshine Coast sewaktu beliau menyedari ada seorang lelaki sedang dikejar orang.

“Dia buat tak senonoh dengan anak perempuan saya!” Jerit lelaki yang merupakan seorang bapa ketika Edwards berjaya menjatuhkan suspek yang melarikan diri di kawasan tersebut.

“Saya tolak badan saya dan jatuhkan dia,” jelas Edwards kepada media tempatan ketika mendapatkan rawatan di bahagian kepalanya.

Suspek, yang mengaku dirinya sebagai “Laszlo”, akhirnya ditahan dan digari sambil berteriak, “Argh! Argh! Bantu saya!”

“Saya tidak buat apa-apa ... Saya tidak kata apa-apa kepadanya! Saya baru keluar dari mahkamah!” katanya sebagai pemberita tempatan.

Lelaki berusia 39 tahun itu kemudian dikenakan hukuman kerana melakukan pengintipan.

Wanita berusia 19 tahun yang dikatakan sebagai mangsanya memberitahu 9News: “Dia bertanya kepada saya adakah saya masih tak berpunya, mengatakan bahawa saya cantik, dan dia akan membeli barangan kepada saya, saya hanya beritahu dia untuk pergi dan saya tidak minat (untuk berkenalan).”

Lelaki itu sebelumnya telah mengganggu sidang akhbar yang sama untuk mengadu mengenai pihak polis, dan hal itu mendorong Edwards untuk menjawab. 

“Anda akan dapat selesaikannya di mahkamah,” tegas Edward. – AFP, 19 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen