SEORANG pereka fesyen didenda 44 juta won (AS$37,000) kerana menjual pakaian keluaran negara China yang dijenamakan sebagai produk Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.
Pereka fesyen itu dituduh menjual 6,946 pakaian keluaran China bernilai 700 juta won (AS$595,369) di beberapa gedung utama di seluruh negara antara Jun 2017 dan Mac 2019, menurut Perkhidmatan Kastam Korea.
Kemeja-T keluaran China yang dibeli dari Pasar Dongdaemun di Seoul dengan harga 10,000 won (AS$8.50), kemudian menjualnya pada harga antara 60,000 won (AS$51) dan 70,000 won (AS$59.50). – Bernama, 19 Jun, 2019.
Komen