Orang utan Indonesia dilepas semula ke dalam hutan


Seekor orang utan berusia lima tahun yang merupakan salah satu daripada dua orang utan Sumatera yang terancam di Indonesia kini dibebaskan semula kembali ke dalam hutan semalam. – Gambar EPA, 19 Jun, 2019.

SEEKOR orang utan berusia lima tahun yang merupakan salah satu daripada dua orang utan Sumatera yang terancam di Indonesia kini dibebaskan semula kembali ke dalam hutan semalam.

Kedua-dua ekor orang utan betina berkenaan diselamatkan setelah disimpan sebagai haiwan peliharaan oleh penduduk kampung di Aceh.

Elaine dan Reipok Rere yang berusia empat tahun menghabiskan masa hampir dua tahun untuk belajar berdikari di pusat pemulihan dan “sekolah hutan” sebelum dikembalikan ke Hutan Simpan Pinus Jantho.

Dua haiwan itu bersama dengan 120 orang utan lain yang dibebaskan dari tempat pemulihan, kata agensi konservasi sumber alam Aceh.

Proses menyelamat spesies terancam jarang mendapat liputan berita.

Golongan petani dan pemburu dipersalahkan dalam serangan maut besar-besaran terhadap kera baru-baru ini.

Pekerja ladang dan penduduk kampung menyerang haiwan itu kerana dianggap sebagai perosak manakala pemburu pula menangkap haiwan berkenaan untuk dijual sebagai haiwan peliharaan. – AFP, 19 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen