PAS bersetuju dengan pendirian Dewan Rakyat untuk tidak membahaskan skandal seks terbaru didakwa melibatkan seorang menteri kanan pada persidangan Julai nanti.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tuduhan itu perlu disiasat oleh sistem kehakiman berbanding badan penggubal undang-undang negara.
“Saya setuju dengan Speaker (Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof) yang tuduhan itu tidak dibahaskan,” katanya merujuk kepada keputusan Ariff yang melarang ahli Parlimen membangkitkan isu itu.
“Rakyat tidak mahu kita habiskan masa berbahas tentang perkara seperti itu di Parlimen. Apa yang kita perlu bahaskan adalah isu yang penting untuk mereka seperti ekonomi, kos sara hidup, (dan) tol,” kata Tuan Ibrahim kepada wartawan di Kuantan, Pahang hari ini. – 19 Jun, 2019.
MENYUSUL
Komen