PEJABAT Peguam Negara Amerika Syarikat di Eastern District, Pennsylvania pada Selasa berkata ia telah merampas sejumlah 16.5 tan kokain bernilai AS$1 bilion, lapor agensi berita China Xinhua.
Kokain itu ditemui dalam tujuh kontena di atas sebuah kapal besar di Terminal Marin Packer di Philadelphia, kata pejabat peguam negara di media sosial sambil menambah bahawa kru kapal itu telah ditahan dan didakwa.
Menurut media tempatan, kokain itu dirampas pada lewat Isnin dan sebuah kapal yang dinamakan MSC Gayane dipercayai telah membawa dadah tersebut dari Bahamas.
Media tempatan memetik kenyataan sumber penguatkuasaan undang-undang yang menyebut bahawa kapal itu telah singgah di Chile, Panama dan Bahamas sebelum tiba di Philadelphia. – Bernama, 19 Jun, 2019.
Komen