IRAN hari ini berkata telah membongkar rangkaian pengintipan yang dikaitkan dengan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan menahan beberapa perisik.
“Susulan penemuan beberapa petunjuk dalam perkhidmatan risikan Amerika, kami baru-baru ini menemui rekrut baru dan membongkar satu rangkaian baru,” lapor agensi berita tempatan IRNA yang memetik sumber Kementerian Perisikan Iran.
Laporan menyebut beberapa perisik rangkaian CIA ditahan dan dihadapkan ke mahkamah, manakala yang lain perlu disiasat lebih lanjut.
IRNA berkata Tehran menjalankan operasi dengan kerjasama “sekutu asing”.
Sumber kementerian tidak menyatakan berapa ramai perisik asing ditahan atau sama ada mereka hanya beroperasi di Iran.
Dalam satu program yang disiarkan hari ini, stesen televisyen kerajaan Iran memberikan butiran mengenai operasi pada 2013 yang bertujuan untuk membongkar rangkaian CIA yang lain.
Hubungan Iran dan Amerika Syarikat (AS) selepas Washington menuduh Tehran dalang di sebalik serangan ke atas kapal tangki di Teluk Oman minggu lepas.
Iran menafikan tuduhan tersebut. – AFP, 18 Jun, 2019.
Komen