BEKAS ketua Uefa Michel Platini ditahan hari ini berkaitan siasatan penganugerahan hak tuan rumah Piala Dunia 2022 kepada Qatar, kata sumber arif tentang siasatan.
Legenda bola sepak Perancis yang menerajui badan pentadbiran bola sepak Eropah itu sejak 2007 ditahan oleh polis anti rasuah Perancis dalam siasatan mereka mengenai pemberian hak tuan rumah Piala Dunia 2022 kepada Qatar.
Qatar dinamakan tuan rumah bersama Piala Dunia dalam keputusan yang mencetuskan kontroversi korupsi dan kesediaanya menjadi tuan rumah.
Platini, 63, menerajui Uefa sehingga 2015 sebelum diharamkan daripada bola sepak selama empat tahun kerana pelanggaran etika, termasuk menerima bayaran dua juta francs Swiss (RM8.3 juta) daripada bekas ketua Fifa Sepp Blatter. – AFP, 18 Jun, 2019.
Komen