SEORANG pembantu Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador menafikan terlibat dalam konspirasi di sebalik penyebaran video seks yang mensasarkan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali.
Pegawai Anwar itu menafikan dakwaan dibangkitkan penulis blog yang kini melarikan diri ke luar negara, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisan di Twitter.
Farhash juga menafikan terlibat menemani individu yang mendakwa terlibat dalam rakaman video seks itu, Haziq Abdullah Aziz, untuk ke luar negara pada Jumaat lalu.
“Saya ada di Kuala Lumpur. Rutin saya macam biasa, ada di rumah dan ke pejabat. Kalau betul saya bersama Haziq di KLIA, mesti saya juga kena tangkap sekali.
“Ini adalah fitnah jahat semata-mata,” katanya kepada The Malaysian Insight menjawab tuduhan yang tersebar di media sosial.
Haziq ditahan pada Jumaat lalu sewaktu berada di KLIA untuk berlepas ke Manila, Filipina.
Farhash juga menegaskan beliau mempunyai alibi kukuh dan mempunyai bukti kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beliau berada di tempat lain ketika itu.
“Saya ada bukti dan simpan CCTV. Jadi segala tuduhan terhadap saya adalah tidak benar sama sekali,” katanya yang juga pengerusi PKR Perak itu.
To those who has been posting and declaring false accusations, Appreciate that you always provide evidence to support your claim so that it does not tarnish the repo of a person especially who plays a bigger part in the society…#azminali#haziqaziz#keadilan#pkr pic.twitter.com/i0FrIooAH0
— yuvaraj naidu (@yuvarajnaidu17) June 16, 2019
Penulis blog Raja Petra dalam tulisan itu mendakwa Farhash bersama Haziq di KLIA untuk terbang ke Manila bagi menjamin keselamatan pemimpin Pemuda PKR Sarawak itu.
Haziq Aziz was arrested at the KL international airport last night as he was leaving the country with Farhash, Anwar’s special officer. They were on their way to a safe house in Manila which Anwar had arranged for Haziq. This blunder has revealed Anwar’s hand in the video issue.
— Raja Petra Kamarudin (@RajaPetra) June 15, 2019
“Mereka dalam perjalanan ke sebuah rumah di Manila yang mana Anwar sediakan untuk Haziq,” dakwa Raja Petra.
Dalam pada itu, Farhash meminta semua pihak jangan membuat sebarang spekulasi terutamanya melibatkan penyokong Anwar.
“Ia tidak masuk akal (tuduhan penyokong Anwar). Saya pun malu hendak bagi kenyataan mengenai video tersebut. Biar polis buat siasatan.
“Bagi saya, Azmin kena jawab isu ini tetapi kalau benar (isu video) Azmin perlu letak jawatan. Apa pun biar polis siasat,” katanya lagi.
Azmin tidak menolak andaian bahawa sebaran video seks itu melibatkan orang PKR yang mempunyai kaitan dengan Filipina, lapor Free Malaysia Today.
Kenyataan itu timbul walau presidennya Anwar Ibrahim mengulangi agar beliau tidak membuat spekulasi tentang dalang penyebaran video tersebut.
Tiga rakaman aksi seks tersebar pada awal pagi Selasa minggu lalu dan keesokan harinya, Haziq tampil mengaku sebagai individu dalam rakaman itu.
Haziq mendakwa beliau melakukan aksi seks tersebut dengan Azmin yang menafikan tuduhan berkenaan.
Azmin berkata tuduhan itu sengaja direka untuk memusnahkan kerjaya politiknya. Susulan penafian itu, satu lagi video seks disebarkan, juga melalui aplikasi WhatsApp.
Haziq dibebaskan pada Sabtu dan polis turut merakam kenyataan Azmin. – 18 Jun, 2019.
Komen