Lepas tembakan dalam mahkamah, lelaki ditembak mati


Seorang lelaki bersenjata senapang automatik ditembak mati oleh polis di Amerika Selatan selepas melepaskan tembakan di Mahkamah Persekutuan semalam. – Gambar EPA, 17 Jun, 2019.

SEORANG lelaki bersenjata senapang automatik ditembak mati oleh polis di Amerika Selatan selepas melepaskan tembakan di Mahkamah Persekutuan semalam, kata pegawai penguatkuasa undang-undang.

Polis mengenal pasti suspek sebagai Brian Clyde, 22, yang melepaskan tembakan di pintu masuk mahkamah.

Dalam imej yang dirakam oleh jurugambar di tempat kejadian, Clyde digambarkan memakai pakaian seragam tentera dengan baju kalis peluru berwarna hitam dan menutupi muka serta tali pinggang dipenuhi peluru.

Video tembakan itu dikeluarkan oleh media tempatan menunjukkan polis menembak semula Clyde yang berlari melintasi jalan dari mahkamah sebelum dia rebah berhampiran sebuah kereta.

Dia meninggal dunia selepas dibawa ke hospital tempatan.

Motif Clyde tidak jelas.

Media tempatan melaporkan lelaki bersenjata itu menghabiskan masa dua tahun dalam tentera dari 2015 hingga 2017 dan baru menamatkan kursus di sebuah universiti. – AFP, 18 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen