LANGSUNG: Najib tandatangan memorandum sokong pinjaman SRC International, kata saksi ke-40


Bede Hong

Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Jun, 2019.

PERBICARAAN SRC International Najib Razak memasuki hari ke-27 hari ini dengan saksi ke-39, bekas pengerusi lembaga pengarah SRC International Ismee Ismail kembali memberi keterangan, mungkin untuk kali terakhir.

Peguam pertahanan Harvinderjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa pasukan perundahan Najib mungkin akan menjawab semua soal balas saksi yang memberi keterangan sejak Isnin lalu pada pagi ini.

Semalam Ismee memberitahu mahkamah yang Nik Ariff Kamil gagal memberi taklimat kepada lembaga pengarah pada 14 Februari 2012 tentang jaminan kerajaan terhadap pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion daripada KWAP.

Ismee Ismail juga bersetuju dengan cadangan peguam bela Harvinderjit Singh bahawa Nik Faisal dan bekas pengarah Suboh Md Yassin “tidak jujur” dengan lembaga pengarah pada 2014 apabila mereka tidak memaklumkan tentang pelaburan RM140 juta yang didakwa dibuat ke atas sebuah usahasama perlombongan Amerika Selatan.

Perjanjian itu melibatkan anak syarikat SRC International Gandingan Mentari untuk melabur RM140 juta terhadap Putra Perdana Construction dengan pembahagian keuntungan 70-30.

Putra Perdana adalah anak syarikat Putrajaya Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat pembinaan dan hartanah yang pernah dikawal Low Taek Jho.

Nama Low muncul di mahkamah semalam ketika Harvinderjit bertanya kepada Ismee sama ada beliau tahu sekiranya Low adalah “sekutu rapat” pengarah kewangan 1MDB Terrence Geh yang juga setiausaha syarikat SRC International.

Ismee yang mempengerusikan lembaga itu dari 2011 hingga 2014 berkata, beliau hanya “menyedari” Geh kerana laporan berita dan perbicaraan yang berlangsung.

Ismee berkata seperti hubungan Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dengan Low, ia sama dengan bekas pengarah eksekutif pembangunan perniagaan Casey Tan Keng Chee.

Peguam Najib mengatakan bekas perdana menteri itu telah disalah erti oleh bank yang bertanggungjawab ke atas akaun berkaitan kerajaan yang bekerjasama dengan individu seperti Low untuk memperoleh dana daripada SRC International yang mungkin dengan bantuan pegawai kanan dalam SRC International.

Perbicaraan SRC International Najib Razak memasuki hari ke-27 hari ini dengan saksi ke-39, bekas pengerusi lembaga pengarah SRC International Ismee Ismail kembali memberi keterangan, mungkin untuk kali terakhir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 18 Jun, 2019.

Dalam perbicaraan ini Najib berdepan tuduhan berkaitan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International yang dibuat pada 2011 dan 2012 yang mana beliau dituduh menerima RM42 juta dalam akaunnya pada 2014 dan 2015.

Beliau berdepan tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu penyalahgunaan kuasa. Jika sabit kesalahan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Najib, 66, diwakili beberapa peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah. Peguam Negara Tommy Thomas mengetuai pasukan pendakwaan manakala Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengetuai perbicaraan.

The Malaysian Insight membawakan kepada anda prosiding mahkamah secara langsung:

4.20pm: Shafee meminta sesi soal balas diteruskan pagi esok bagi membolehkan mereka mendapatkan kod etika itu.

Sithambaram kemudian meminta perbicaraan ditangguh.

Hakim Nazlan bersetuju dan menangguhkan bicara ke pagi esok.

4.08pm: Shafee berkata beliau perlu meneliti kod etika sebelum meneruskan sesi soal balas. Pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju untuk cuba mendapatkannya pagi esok. 

4.07pm: Katanya, beliau tidak sedar mengenai kepentingan Najib dalam pinjaman RM4 bilion daripada KWAP kepada SRC International dan pinjaman jangka pendek RM100 juta diluluskan Kabinet.

4.05pm: Shafee: Sekarang anda tahu dia adalah penasihat SRC International kerana beliau perdana menteri. Adakah anda tahu ia adalah satu kepentingan.

Sithambaram membantah dan berkata soalan itu tidak adil. Nazlan berkata soalan Shafee okay tetapi mereka boleh beri penjelasan nanti.  

Mazidah: Dalam tugas saya, jika ada konflik kepentingan, saya akan rujuk kepada Jabatan Peguam Negara. Tetapi saya tidak tahu, jadi saya tidak rujuk mereka.

4.04pm: Katanya, sekretariat tidak tahu yang Najib adalah penasihat emeritus kepada SRC International.

4pm: Katanya, ketua setiausaha hadir semua mesyuarat Kabinet.

Shafee bertanya jika ketua setiausaha ada kuasa untuk menasihati menteri jika wujud konflik kepentingan.

Katanya, ketua setiausaha boleh menasihati menteri jika dia sedar mengenainya.

3.53pm: Shafee bertanya siapa yang menasihatkan menteri yang mereka perlu tinggalkan mesyuarat sekiranya ada kepentingan dalam perbincangan.

Beliau berkata, menteri akan keluar atas pendirian mereka sendiri.

“Selama saya dalam kabinet, menteri akan keluar sendiri. Adakalanya, menteri lain akan nyatakan dalam mesyuarat menteri berkenaan ada kepentingan atau sekretariat akan maklumkan kepada menteri.”

Bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

3.51pm: Shafee meminta perincikan mengapa tiga menteri kabinet meninggalkan mesyuarat pada tiga mas ayang berbeza kerana ia oenting untuk oemeriksaan balasnya.

3.48pm: Shafee bertanya adalah ia melanggar Akta Rahsia Rasmi.

“Sekiranya saya dibenarkan mendedahkan perkara ini, saya akan dedahkan”.

Sithambaram berkata terpulang kepada kabinet untuk putuskan.

Mohd Nazlan berkata keterangannya tergantung.

Shafee berjata mahkamah boleh meneka mengapa Najib meninggalkan mesyuarat ketika kabinet membincangkan Bank CIMB kerana adik Najib merupakan pengerusi bank berkenaan ketika itu.

3.47pm: Shafee bertanya beliau sebab Khairy meninggalkan mesyuarat. Beliau berkata beliau tidak ingat, namun seingatnya, Khairy meninggalkan mesyuarat kerana ahli keluarganya terlibat dalam memorandum yang dibentangkan.

3.44pm: Pemeriksaan balas terhadap saksi bermula, diketuai Shafee.

Mazidah berkata deklarasi kepentingan ada dalam kod etika menteri.

Beliau mengatakan kod ini adalah pada 1997 dan 1998 yang kemudian dipinda pada tahun 2013, dan beliau tidak mempunyai salinan kod etika dengannya.

Shafee meminta beliau untuk membawanya jika boleh kerana ia adalah asas pemeriksaan balas pembelaan.

3.42pm: Beliau diminta mengenal pasti bekas ketua setiausaha kerajaan Ali Hamsa. Beliau keluar daripada bilik menunggu dan Mazidah mengenal pasti beliau. Mazidah juga mengenal pasti Najib.

3.39pm: Mazidah ditanya oleh pihak pendakwaan sama ada ianya amalan standard atau ditulis.

Beliau berkata ia dinyatakan di bawah seksyen ahli pentadbiran namun dipinda pada 2013.

3.37pm: Beliau berkata sebelum ini Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan, Hishammuddin Hussein sebagai menteri pertahanan dan Najib sendiri pernah meninggalkan mesyuarat kerana ada kepentingan dalam memorandum yang dibincangkan kabinet.

Najib pernah sekali meninggalkan mesyuarat kabinet kerana memorandu yang dibincangkan melibatkan bank CIMB.

3.25pm: Pada 15 November, 2015, satu lagi mesyuarat kabinet diadakan dan dipengerusikan oleh timbalan perdana menteri ketika itu Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata. mesyuarat itu diadakan bagi mendapatkan kelulusan kabinet minit yang diambil pada mesyuarat yang diadakan 6 November, 2015.

3.20pm: Katanya satu lagi mesyuarat kabinet diadakan pada 6 November, 2015 yang dipengerusikan oleh Najib sebagai perdana menteri.

Kemudian Najib dalam kedudukannya sebagai menteri kewangan membentangkan memorandum bagi mendaoatkan pinjaman jangka pendek sebanyak RM100 juta daripada kerajaan bagi tempoh sebulan untuk membayar faedah dan penalti bayaran lambat yag dikenali sebagai “bai al-inah” kepada KWAP bagi pinjaman RM4 bilion yang diterima SRC International.

Kabinet bersetuju dengan pinjaman jangka pendek itu tanpa sebarang bantahan.

3.10pm: Beliau berkata terdapat satu lagi mesyuarat kabinet pada 16 Mei, 2012. Najib tidak hadir kerana mengikuti lawatan kerja ke New York.

Timbalan perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat. Kabinet mahu membahaskan memorandum “Pindaan tujuan pinjaman bagi pinjaman yang diperoleh SRC International dan 1MDB Real Estate Sdn Bhd”.

Memorandum berkenaan adalah untk meminda tujuan pinjaman SRC International – “bagi membiayai aktiviti pelaburan dalam sumber asli dan modal kerja”.

Satu lagi terma dalam memorandum berkenaan adalah pindaan dibuat kepada tujuan 1MDB Real Estate Sdn Bhd untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan.

Tujuan utama pinjaman itu dipinda kepada: “untuk membiayai kod pemasangan penggantian kelengkapan tentera di pangkalan udara Sungai Besi, yang melibatan projek Bandar Malaysia, dan satu lagi pelaburan dalam pembangunan hartanah”.

Terma lain adalah perdana menteri akan mempunyai kuasa untuk meminda terma dan syarat pinjaman.

2.55pm: Menurut minit mesyuarat berkenaan, Mazidah berkata, Najib tidak menyatakan kepentingannya dalam SRC International. Tambahnya, tiada seorang pun menteri yang meminta Najib untuk meninggalkan mesyuarat ketika memorandum itu dibangkitkan.

2.50pm: Mazidah berkata memorandum itu bagi mendaoatkan pelepasan cukai untuk pinjaman SRC International selari dengan Seksyen 10 Akta Jaminan Pinjaman 1965. 

Ia turut memberi kuasa kepada perdana menteri untuk menentukan terma dan syarat pinjaman yang diperoleh SRC International. 

Beliau berkata, tiada sebarang perbahasan mengenai memorandum ini dalam kalangan menteri pada mesyuarat kabinet itu.

2.40pm: Mahkamah bersambung dengan Mazidah teruskan membaca keterangan saksinya.

12.57pm: Memorandum berkenaan jaminan kerajaan terhadap faedah dan pinjaman pokok RM2 bilion yang diperoleh SRC International, dengan tempoh 10 tahun.

12.53pm: Beliau berkata, satu lagi mesyuarat Kabinet pada 8 Februari 2012 telah berlaku.

Rais Yatim, Nazri Aziz, Hishammuddin Hussein, Ahmad Zahid Hamidi antara menteri yang hadir pada mesyuarat itu.

Satu memorandum dibentangkan oleh Najib sebagai menteri kewangan yang bertajuk “Jaminan kerajaan untuk pinjaman RM2 bilion yang diberikan oleh KWAP untuk SRC International”.

Najib menandatangani memorandum itu.

12.46pm: Ini (jaminan) dibentangkan dalam bentuk memorandum oleh Najib.

12.42pm: Kabinet membincangkan memberi jaminan kerajaan kepada pinjaman SRC International. Najib mempengerusikan mesyuarat itu.

12.36pm: Pada agenda mesyuarat itu mahkamah mendengar mengenai pinjaman RM2 bilion yang diterima oleh SRC International daripada KWAP.

12.32pm: Mazidah membaca petikan minit mesyuarat Kabinet yang berlaku pada 2011. Beliau menyenaraikan semua menteri yang menghadiri mesyuarat itu.

12.24pm: Tugas beliau adalah memastikan semua prosedur dan protokol dipatuhi ketika mesyuarat kabinet.

12.19pm: Mazidah berkata beliau pernah beberapa kali disoal siasat oleh SPRM.

Kenyataan saksinya sudah banyak diubah. 

12.18pm: DPP memaklumkan hakim Nazlan saksi seterusnya, Mazidah Abdul Majid akan membacakan minit daripada mesyuarat kabinet.

Untuk itu, minit asal daripada mesyuarat kabinet akan dibawa kemudian petang ini.

Mazidah Abdul Majid merupakan saksi dalam perbicaraan antarabangsa SRC Najib Razak. Tugasnya adalah untuk memastikan semua prosedur dan protokol dipenuhi semasa mesyuarat kabinet. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Jun, 2019.

12.15pm: Selepas tujuh hari disoal oleh pihak pendakwaan dan pembelaan, saksi ke 39 Ismee dibebas dari kandang saksi. 

12.12pm: Sithambaram bertanya sekiranya beliau mengatakan beliau bertindak mengikut arahan perdana menteri, bagaimana mereka tidak mengikutnya.

Ismee berkata, mereka mengubah sedikit arahannya.

Sithambaram bertanya sekiranya lembaga pengarah pernah ingkar arahan perdana menteri. Ismee tidak bersetuju, dan menambah mereka tidak pernah ingkar arahannya.

11.45am: Sithambaram menyoal Ismee berhubung audit SRC International.

11.11am: Ismee berkata Najib memegang jawatan pengerusi dalam lembaga penasihat 1MDB sementera Jho Low tidak memegang sebarang jawatan.

Sithambaram bertanya sama ada Najib adalah sekutu Jho Low, Ismee berkata dia tidak tahu.

11.08am: Ismee berkata lembaga itu tidak boleh membuat keputusan tanpa nasihat perdana menteri.

11.03am: Sithambaram bergurau mengatakan pasukan pertahanan memulakan pemeriksaan balas pada Isnin lalu jam 11 pagi dan dilakukan hari pada jam 11 pagi.

Beliau berkata, beliau akan mengambil masa yang sama. Seisi mahkamah ketawa.

11.02am: Mahkamah disambung dengan Ismee sekali lagi memberi keterangan. Pendakwa raya Sithambaram meneliti keterangan beliau.

10.46am: Shafee menamatkan pemeriksaan balas. Mahkamah berehat 10 minit.

10.44am: Shafee bertanya sama ada SPRM memberitahu Ismee secara tidak langsung beliau telah melakukan beberapa kesalahan.

Ismee: Saya tidak fikir begitu. Sepanjang siasatan, saya mempersoalkan diri saya sendiri.

Shafee bertanya Ismee sekiranya beliau diminta untuk membabitkan pemegang saham mutlak di SRC International sambil memberikan keterangannya kepada SPRM.

“Ini pengetahuan saya bahawa mereka meminta anda untuk membabitkan pemegang saham utama, iaitu Najib apabila mereka mengambil keterangan anda,” kata Shafee.

“Tidak, saya tidak fikir begitu,” kata Ismee.

10.39am: FGV Bhd juga menyaman Ismee. Beliau pernah menjadi pengarah di sana. Beliau enggan bercakap mengenai kes itu kerana ia sedang berjalan.

10.35am: Ismee juga sedang disiasat untuk 1MDB selain SRC International.

Ismee berkata akaunnya akan dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Shafee memberitahunya bahawa dia juga disenaraihitamkan di bawah SPRM.

Ismee menafikan menerima sebarang wang daripada Najib selepas Shafee bertanya kepadanya.

Shafee: Mengapa mereka membekukan akaun anda?

Ismee: Saya tidak tahu.

Shafee: Adakah Najib memberi anda wang?

Ismee: Tidak.

10.33am: Ismee berkata ada tiga siasatan terhadapnya melibatkan Tabung Haji.

Salah satunya ialah penggunaan dana Tabung Haji untuk tujuan politik di mana beliau disiasat kerana pecah amanah.

Yang keduanya adalah penjualan Tabung Haji di ladang kelapa sawit di Indonesia pada 2012 atau 2013.

Yang ketiga mengenai pemerolehan ladang kelawat sawit di Indonesia.  

10.29am: Shafee bertanya Ismee sekiranya pegawai SPRM berkeras dengannya ketika mengambil kenyataan. Ismee bertanya apa dimaksudkan dengan “keras”?

Shafee kemudian bertanya kepadanya jika beliau disenarai hitam dan pasportnya diambil.

Ismee berkata beliau disenarai hitam dan akaun banknya dibeku.

10.10am: Ismee berkata, apabila dia menyerahkan surat peletakan jawatannya daripada lembaga SRC International kepada setiausaha Najib, dia tidak membuat aduan tentang Nik Faisal tetapi hanya mengeluh tentang syarikat berkenaan.

9.46am: Ismee mengesahkan kerja seharian dikendalikan oleh pihak pengurusan tetapi CEO juga ahli lembaga. Oleh itu beliau dapat menyuarakan pendapat lembaga.

Shafee mencadangkan kejujuran Nik Faisal Arif Kamil adalah penting untuk syarikat berfungsi yang mana Ismee bersetuju. Semasa beliau sebagai pengerusi, Ismee berkata beliau tidak mempunyai masalah mempercayai Nik Faisal.

9.43am: Rosmah meninggalkan kompleks mahkamah menaiki Proton Perdana berwarna hitam bersama seorang pembantunya.

9.39am: Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram menolak kehadiran Rosmah kerana beliau boleh dipanggil untuk memberi keterangan kemudian. Isteri bekas perdana menteri itu meninggalkan mahkamah.

9.29am: Rosmah Mansor dilihat di galeri awam.

Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk perbicaraan hari ini di mana pihak pendakwaan kemudian menolak kehadirannya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Jun, 2019.

9.27am: Shafee bertanya bagaimana Ismee akrab dengan bekas perdana menteri.

Ismee berkata, tidak secara peribadi tetapi professional berhubung dengan kerjanya terutama di Tabung Haji dan terbaru sebagai pengerusi Media Prima.

Kebiasaannya Ismee bertemu dengannya di Pejabat Perdana Menteri atau Parlimen dan di rumah bekas perdana menteri itu di Taman Langgak Duta sekali atau dua kali.

Beliau telah mengenali Najib sejak 2009 tetapi sudah mengenali lebih awal sebelum ini sebagai timbalan perdana menteri.

9.20am: Ismee mula memberi keterangan. Shafee mengetuai pemeriksaan balas.  – 18 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen