Gereja dibakar selepas imam ditahan di Nigeria


PENUNJUK perasaan membakar sebuah gereja malam tadi di Maradi, bandar di selatan Nigeria, selepas seorang imam terkemuka ditahan dan kemudian dibebaskan semalam, kata sumber.

Sheikh Rayadoune, imam masjid Zaria di Maradi, ditahan pada Sabtu selepas mengkritik satu cadangan undang-undang tentang agama, sebagai “anti Islam”, sehari sebelum itu.

Beliau merayu kepada penyokongnya supaya menghentikan kekecohan itu.

Kumpulan yang menjadi dalang dalam serangan gereja itu turut membakar kereta pastor, kata pegawai gereja menerusi mesej di WhatsApp.

Sumber keselamatan tempatan mengesahkan insiden itu.

Saksi berkata pada malam Sabtu sekumpulan belia melakukan sekatan jalan raya dan membakar tayar di jalanan di bandar ketiga terbesar Nigeria itu, apabila berita tentang penahanan imam berkenaan tersebar.

Sumber polis berkata Sheikh Rayadoune dibebaskan petang Ahad, dan berkata beliau sedar kesilapannya dan meminta maaf.

Tidak lama selepas dibebaskan, imam itu menyiarkan satu kenyataan meminta penyokongnya bertenang.

“Semua penyokong saya perlu berhenti membakar dan mencetuskan kekecohan di bandar ini. Islam tidak menganjurkan begitu, saya dilayan dengan baik oleh polis,” katanya. – AFP, 17 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen