Warga Itali menyamar George Clooney ditahan di Thailand


George Clooney memberitahu mahkamah di Milan bahawa pasangan berkenaan dan seorang lagi rakan subahat mereka telah menggunakan namanya untuk menipu.– Gambar EPA, 16 Jun, 2019

SEORANG wwarga Itai yang menyamar sebagai bintang Hollywood George Clooney untuk menjual pakaian dalam talian ditahan bersama issterinya do Thailand selepas beberapa tahun melarikan diri, kata polis pada Ahad.

Francesco Galdelli, 58, dan Vanja Goffi, 45, ditahan pada Sabtu di sebuah rumah di pinggir Pattaya selepas operasi dijalankan antara pihak berkuasa Thailand dan Itali, menurut seorang pegawai.

“Ketika soal siasat, Francesco mengaku menyamar sebagai George Clooney dan membuka perniagaan pakaian untuk menipu orang ramai menghantarkan wang,” menurut kenyataan Jabatan Jenayah Penipuan Thailand.

Pasangan berkenaan turut dikehendaki pihak berkuasa Itali kerana pembalai kes penipuan termasuk penjualan jam Rolex palsu dalam talian, menurut kenyataan itu. Adakalanya mereka turut menipu pelanggan dengan menghantar paket garam dan bukannya jam tangan.

Rakaman daripada dron polis menunjukkan pasangan berkenaan yang dikehendaki Interpol sejak 2013, membawa beg ketika ditahan.

Mereka ditahan selepas sepasukan anggota polis mengepung kediaman mewah mereka selepas pemantauan dibuat menggunakan dron dan alat pengawasan, kata polis Itali dalam satu kenyataan.

Kes pasangan terbabit berlarutan sejak beberapa tahun lalu selepas George Clooney memberitahu mahkamah di Milan bahawa pasangan berkenaan—dan seorang lagi rakan subahat mereka—telah menggunakan namanya untuk menipu. – AFP, 16 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen