Isteri PM Israel dihukum kerana salah guna dana awam 


Sara Netanyahu didapati bersalah menyalahgunaan dana awam dan mengeksploitasi kesalahan pihak lain. – Gambar EPA, 16 Jun, 2019

MAHKAMAH Israel pada Ahad menjatuhkan hukuman terhadap isteri Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kerana menyalahgunakan dana awam.

Sara Netanyahu didapati bersalah kerana mengeksplotasikan kesilapan pihak lain dan diarah membayar denda dan pampasan, dalam penghakiman yang dibuat oleh hakim Mahkamah Majistret Baitulmaqdis, Avital Chen.

Netanyahu juga didenda 10,000 shekels (AS$2,800) dan memerintahkan untuk membayar balik 45,000 shekels kepada negara, yang kemudiannya akan dibayar dalam sembilan ansuran, atas permintaannya.

“Kesepakatan yang dicapai antara pihak adalah layak dan tepat mencerminkan perbuatan mereka dalam jenayah,” kata Chen dalam penghakimannya.– AFP, 16 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen