G20 akan bertindak atasi pencemaran plastik di laut


Pencemaran plastik menjadi isu antarabangsa, terutama selepas larangan dikenakan China dan negara lain ke atas import sisa plastik. – Gambar AFP, 16 Jun, 2019.

KUMPULAN ekonomi utama dunia, G20, dijangka bersetuju mengadakan perjanjian mengurangkan sisa plastik di laut pada mesyuarat di Jepun hari ini, di mana mereka juga membincangkan keselamatan tenaga susulan serangan ke atas kapal tangka minyak di Teluk Oman.

Jepun “mencadangkan kerangka boleh urus” tentang sisa plastik lautan yang timbul dalam kalangan negara mundur dan membangun, serta mengalu-alukan penglibatan negara ahli, kata Menteri Alam Sekitar Jepun kepada wartawan semalam pada mesyuarat menteri tenaga dan alam sekitar G20.

Pencemaran plastik menjadi isu antarabangsa, terutama selepas larangan dikenakan China dan negara lain ke atas import sisa plastik.

Banyak negara, termasuk Jepun, menyaksikan peningkatan timbunan sisa plastik selepas larangan itu berkuatkuasa.

Antara kebimbangan banyak pihak adalah isu mikroplastik, butiran plastik yang sukar dikutip sebaik sahaja memasuki aliran air.

Mikroplastik boleh menyerap bahan kimia berbahaya dan terkumpul dalam ikan, burung dan haiwan lain.

Cadangan itu dibuat ketika mesyuarat dua hari di Karuizawa, akan menjadi kerangka pertama untuk mengurangkan pencemaran plastik dalam laut, dan dijangka akan dimasukkan dalam kenyataan bersama menteri G20 hari ini. – AFP, 16 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen