SISTEM pengudaraan hospital, perlawanan bola sepak dan makanan rosak dalam peti sejuk tanpa elektrik: musim panas Iraq sudah tiba.
Sebagai salah satu negara paling panas di dunia dengan separuh daripada negaranya diliputi padang pasir, Iraq sudah biasa dengan cuaca panas.
Tetapi walaupun sudah menjadi kelaziman, Jun tahun ini nampaknya lebih panas – dengan purata setiap hari 48 darjah selsius, berbanding 40 tahun lalu.
Di seluruh negara, rakyat Iraq menjalani kehidupan seperti biasa; membalut tombol pintu di bahagian luar dengan pita supaya tidak terlalu panas, bawa pakaian untuk tukar di dalam kereta.
Waktu bekerja juga berubah, dengan pejabat dibuka dan ditutup lewat untuk cuaca lebih sejuk pada sebelah petang.
Penduduk Baghdad duduk di dalam rumah pada waktu siang dan hanya keluar sekitar tengah malam untuk makan dengan cuaca 35 darjah selsius.
Di dalam rumah, penyaman udara dipasang, menyebabkan lebih tekanan kepada grid elektrik negara dan kekurangan bekalan elektrik.
Di Dhi Qar, wilayah selatan Baghdad, bekalan elektrik terputus menjejaskan hospital awam, kata ketua kesihatan Abdel Hassan al-Jaberi.
“Orang ramai ragu-ragu hendak ke hospital kerana bekalan elektrik terputus 17 kali sehari,” katanya. – AFP, 16 Jun, 2019.
Komen