Jangan eksploitasi kes bunuh Khashoggi, kata Putera Mahkota Arab Saudi


Kisah wartawan Jamal Khashoggi dibukukan, hasil tulisan rakannya Hatice Cengiz, dipamerkan pada satu program di Istanbul pada Februari lalu. Wartawan Arab Saudi itu dibunuh di Istanbul dan hingga kini mayatnya tidak ditemui. – Gambar AFP, 16 Jun, 2019.

PUTERA Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman memberi amaran kepada pihak yang “mengeksploitasi” kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi untuk kepentingan politik.

Hubungan Turki dan Arab Saudi tegang sejak pembunuhan kejadm Oktober lalu di mana Khashoggi dibunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul, yang menjejaskan reputasi antarabangsa putera mahkota itu.

Pihak berkuasa Turki yang pertama melaporkan pembunuhan itu dan terus menerus menekan Arab Saudi untuk mendapatkan maklumat di mana mayat wartawan itu yang dipotong-potong, masih tidak ditemui.

“Kematian Jamal Khashoggi jenayah yang teruk,” kata Putera Mohammed dalam satu temubual dengan akhbar harian Arab, Asharq al-Awsat hari ini.

“Mana-mana pihak yang mengeksploitasi kes itu secara politik perlu berhenti berbuat demikian, dan serahkan bukti kepada mahkamah Arab Saudi, kerana dengan cara itu dapat menyumbang kepada keadilan yang hendak dicapai,” katanya, tanpa menamakan Turki.

Namun, putera itu berkata beliau mahukan hubungan kukuh dengan semua negara Islam termasuk Turki.

CIA melaporkan pembunuhan itu kemungkinan besar diarahkan oleh Putera Mohammed, yang berkuasa dan juga waris takhta paling berkuasa dalam dunia Arab.

Arab Saudi menafikan tuduhan itu. – AFP, 16 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen