INDONESIA memulangkan lima kontena sampah ke Amerika Syarikat (AS) dan tidak akan menjadi “tempat pembuangan sampah”, kata pihak berkuasa semalam semalam, menjadi negara Asia Tenggara terbaru yang memulangkan sisa import.
Kontena itu sepatutnya hanya mengandungi sampah kertas, menurut dokumen kastam. Sebaliknya, mereka masukkan sampah lain termasuk botol, plastik dan lampin pakai buang, kata pegawai kementerian alam sekitar Sayid Muhadhar.
“Ini tidak patut dan kami tidak mahu jadi tapak pembuangan sampah,” katanya.
Lima kontena itu dimiliki syarikat Kanada – dibawa dari Seattle, AS ke kota kedua terbesar Indonesia, Surabaya pada hujung Mac lalu, kata Muhadhar.
Tidak jelas dari masa sampah itu sebenarnya.
Indonesia pada masa ini memeriksa beberapa kontena lain di pelabuhan Jakarta dan Batam di kepulauan Sumatera.
Ia negara terkini yang memulangkan sampah import selepas Malaysia turut menghantar pulang ratusan tan sisa plastik bulan lalu.
Filipina turut mengarahkan bertan-tan sampah di negara itu dihantar pulang ke Kanda, mencetuskan perbalahan diplomatik antara dua negara.
Selama bertahun-tahun China menerima sampah plastik dari seluruh dunia, tetapi menutup pintunya kepada sampah dari luar negara tahun lalu, dalam usaha membersihkan alam sekitarnya.
Sejumlah besar sampah dihalakan ke Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Kira-kira 300 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun. Kebanyakannya berakhir di tapak pelupusan sampah atau di lautan, menurut WWF. – AFP, 16 Jun, 2019.
Komen