Trump serang datuk bandar London lagi


Presiden AS Donald Trump mendesak Sadiq Khan digantikan dan turut membuat komen tentang ketinggian datuk bandar London itu. – Gambar AFP, 16 Jun, 2019.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melancarkan serangan baharu terhadap Datuk Bandar London Sadiq Khan, mendesak supaya beliau digantikan secepat mungkin.

“London perlukan datuk bandar baharu ASAP. Khan satu bencana – dan semakin teruk!” kata Trump di Twitter.

Trump turut menyertakan komen terbarunya itu dengan jenayah di London – di mana tiga lelaki terbunuh dalam tempoh 24 jam – daripada kolumnis berhaluan kanan Katie Hopkins, yang dituduh Islamofopia dan pada 2015, beliau menggelar pendatang sebagai “lipas”.

Pesawat presiden itu mendarat di London awal bulan ini bagi memulakan lawatan rasmi, ketika beliau di Twitter membuat komen “loser”.

Khan sebelum itu mengkritik layanan istimewa diberikan kepada Trump dalam lawatan itu.

Trump berkata datuk bandar itu sepatutnya “fokus pada jenayah di London, bukan saya”. Beliau juga membuat komen tentang ketinggian Khan.

Khan, datuk bandar London beragama Islam yang pertama, mengetuai bantahan terhadap lawatan Trump, menulis artikel di akhbar di mana beliau membandingkan pemimpin AS itu dengan diktator Eropah pada era 1930-an dan 1940-an.

Pada masa itu, jurucakap datuk bandar berkata Tweet Trump “kebudak-budakkan” dan “menjatuhkan standard presiden AS”.

Dalam kunjungannya ke London pada Julai lalu, Trump menuduh Khan tidak melakukan kerja yang baik berkenaan isu keganasan, mengaitkan kemasukan warga asing dengan jumlah jenayah di London.

Perbalahan itu bermula apabila Khan, anak lelaki kepada seorang pemandu bas yang berhijrah dari Pakistan pada 1960-an, mengkritik sekatan perjalanan dilakukan Trump terhadap individu dari negara Islam tertentu. – AFP, 16 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen