Pihak berkuasa mula himpun suku Bateq di Hulu Terengganu


Noel Achariam

Orang Asli suku Bateq berlindung di perkampungan Orang Asli lain susulan kematian misteri di penempatan mereka di Kg Kuala Koh pada Ramadan lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 Jun, 2019.

PIHAK berkuasa Hulu Terengganu mula mengumpulkan penduduk suku Bateq susulan kematian 14 penduduk kampung Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang.

Langkah itu dilaksanakan selepas sekumpulan suku Bateq datang ke penempatan Orang Asli Semaq Beri semasa bulan Ramadan selepas kematian misteri di Kg Kuala Koh.

Suku Semaq Beri Samad Kelapa, 40, memberitahu The Malaysian Insight bahawa lebih 20 orang datang dari Kg Kuala Koh semasa bulan puasa.

“Mereka datang semasa Ramadan apabila berlaku kematian di sana.

“Kalangan mereka datang mendapatkan perlindungan manakala selebihnya mempunyai saudara di sini.

“Kira-kira lima hari lalu, pegawai dari Jabatan Kesihatan Hulu Terengganu datang ke sini dan mengambil mereka,” katanya.

Samad berkata beliau bertanya kepada pegawai terbabit dan dimaklumkan bahawa semua suku Bateq dari Kg Kuala Koh perlu menjalani pemeriksaan perubatan.

Bateq族部落有4人因为呼吸困难而被送往瓜拉吉赖的深切治疗病房(ICU)。(摄影:Najjua Zulkefli)

“Mereka hanya mengambil suku Bateq dan memberitahu bahawa kesihatan suku kami tidak terjejas,” katanya.

The Malaysian Insight meninjau lokasi suku Bateq dihimpunkan dan mendapati beberapa pegawai kesihatan menjalankan pemeriksaan.

Selepas meluangkan masa hampir sejam di kawasan itu, mereka memberitahu tiada lagi suku Bateq di lokasi tersebut.

Pada Rabu, tujuh Orang Asli dari Kuala Koh, dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang selepas mengalami simptom batuk dan sesak nafas.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohd Jusoh berkata seorang lagi pesakit turut dimasukkan ke hospital yang sama akibat mengalami cirit birit, sakit dada dan muntah, dan kini mendapatkan rawatan Gastroentritis Akut (AGE) buat masa ini.

Beliau berkata kesemua pesakit itu dalam keadaan stabil. – 15 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen