SEKURANG-KURANGNYA tujuh orang maut dan tiga lagi masih hilang selepas hujan lebat melanda Recife, Pernaumbuco timur laut Brazil, kata jabatan bomba pada Jumaat.
Lima kematian akibat ditimbus tanah runtuh dalam kejadian di bandar Camaragibe, di pinggir Recife, lapor agensi berita Xinhua.
Di perbandaran Jabotao dos Guararapes, seorang remaja dilaporkan terbunuh manakala seorang wanita ditemui maut dalam keretanya yang tenggelam di sebuah terowong.
Dua kanak-kanak dilaporkan hilang di Camaragibe dan lelaki berusia 20 tahun dihanyutkan arus deras ketika mandi di sebatang sungai.
Agensi cuaca Pernaumbuco mengatakan Recife menerima jumlah hujan sebanyak 117 mm di Recife dalam tempoh enam jam pada Khamis, bersamaan dengan purata hujan kira-kira 10 hari. – Bernama, 15 Jun, 2019.
Komen