Cubaan rampas 2 bandar gagal, 26 askar Syria maut


Serangan udara tentera Syria dan Rusia menyebabkan sembilan pemberontak maut manakala pertempuran darat mengakibatkan 26 askar kerajaan terbunuh. – Gambar AFP, 15 Jun, 2019.

SEKURANG-kurangnya 35 orang maut termasuk 26 askar Syria dalam pertempuran dan serangan udara di barat laut negara itu.

Pertempuran itu berlaku ketika tentera kerajaan yang disokong Rusia cuba merampas semula dua bandar yang dikuasai kumpulan pemberontak pada awal bulan ini.

Kumpulan pemantau hak asasi manusia berkata tentera rejim melancarkan lima serangan bagi mengawal semula bandar Jibine dan Tal Maleh di wilayah Hama, tetapi cubaan mereka dipatahkan.

Serangan udara tentera Syria dan Rusia menyebabkan sembilan pemberontak maut manakala pertempuran darat mengakibatkan 26 askar kerajaan terbunuh.

Wilayah Idlib dihuni kira-kira tiga juta penduduk yang sepatutnya dilindungi daripada operasi ketenteraan Syria berdasarkan perjanjian yang ditandatangani antara Rusia dan Turki pada tahun lalu.

Namun perjanjian itu tidak pernah dipatuhi memandangkan kumpulan pemberontak tidak mahu berundur dari kawasan zon bebas tentera. – AFP,  15 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen