Padang Stade de France rosak akibat konsert K-pop BTS


Sebahagian peminat BTS tiba di Stade de France untuk menyaksikan konsert artis K-pop itu pada awal bulan ini. – Gambar AFP, 15 Jun, 2019.

SEBAHAGIAN kecil padang Stade de France mengalami kerosakan menjelang kejohanan akhir ragbi Top 14 Perancis pada minggu ini akibat penganjuran konsert artis K-pop BTS.

Kawasan seluas 3% daripada permukaan padang itu, telah terjejas dan akan digantikan dengan rumput baharu beberapa jam sebelum perlawanan antara Toulouse menenang Clermont berlangsung lewat Sabtu.

“Kita mengadakan dua konsert artis K-pop BTS pada minggu lalu. Ini merupakan cabaran teknikal,” kata pengarah yang menguruskan padang stadium itu, Alexandra Boutelier.

“Kita membaiki padang itu bagi mengekalkan tahap konsisten dari segi teknikalnya.

“Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap situasi ini dengan melibatkan model ekonomi stadium bagi memastikannya tidak mengalami kerugian.”

BTS mengadakan dua konsert di stadium itu yang mampu menampung 80,000 penonton pada 7 dan 8 Jun lalu selepas mereka membuat persembahan di Los Angeles, Chicago dan Stadium Wembley, London. – AFP,  15 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen