KERAJAAN Hong Kong dilihat bersedia untuk membuat keputusan berhubung rang undang-undang ekstradisi yang mendatangkan provokasi di antara polis dan penunjuk perasaan.
Pemimpin pro-Beijing di bandar ini Carrie Lam digesa untuk mengugurkan perundangan itu dan media tempatan melaporkan kerajaan mungkin menagguhkan rang-rang undang kontroversi itu bagi meredakan ketegangan yang berlaku.
Lam dijangka membuat sidang akhbar hari ini untuk menangguhkan pelaksanaan rang-rang undang-undang ekstradisi itu, lapor akhbar Sing Tao Daily tanpa memaklumkan dari mana maklumat diperoleh.
Hub kewangan antarabangsa dikejutkan dengan keganasan politik terburuk sejak penyerahan kepada China pada 1997 apabila puluhan ribu penunjuk perasaan dileraikan oleh polis rusuhan dengan menembak gas pemedih mata dan peluru getah.
The South China Morning Post, Now TV, TVB dan RTHK memetik sumber kerajaan sebagai berkata, kerajaan menimbang pilihan termasuk jeda masa berbanding menggugurkan rang undang-undang itu.
Ketegangan berlarutan dengan penganjur bantahan merancang perhimpunan besar-besaran pada Ahad.
Lam yang dilantik oleh sebuah jawatankuasa yang disusun dengan setiausaha Beijing setakat ini enggan menolak undang-undang itu walaupun beberapa bulan mendapat kritikan daripada perniagaan dan badan-badan perundangan. – 15 Jun, 2019
Komen