Kes Shafee hina mahkamah jelas, kata pendakwaan


Bede Hong

Timbalan Pendakwa Raya Alice Loke memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang ulasan Shafee Abdullah diterbitkan Malaysiakini pada 7 Februari lepas, secara “jelas” mensensasikan mahkamah dan cubaan menjejaskan keyakinan rakyat kepada badan kehakiman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Jun, 2019.

PENDAKWA raya kes hina mahkamah melibatkan Shafee Abdullah berhujah yang permohonan tangguh pendengaran kes tidak sepatutnya ditolak kerana kes terhadap peguam Umno itu jelas.

Timbalan Pendakwa Raya Alice Loke memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang ulasan Shafee diterbitkan Malaysiakini pada 7 Februari lepas, secara “jelas” mensensasikan mahkamah dan cubaan menjejaskan keyakinan rakyat kepada badan kehakiman.

Shafee hadir di mahkamah hari ini untuk mendengar bicara dibuat Hakim Mohd Firuz Jaffril.

Peguam itu yang kini mengetuai pasukan pembelaan Najib Razak mahu mengetepikan permohonan tangguh pendengaran untuk memulakan prosiding hina mahkamah dibuat pendakwaan.

Beliau mendakwa kes pendakwaan tidak kukuh dan tidak mempunyai bukti lain selain dakwaan berniat jenayah.

Look berkata andaian Shafee itu tidak terpakai dan sah untuk digunakan bagi menolak arahan ex parte seterusnya memulakan prosiding kes.
Pendengaran kes dibuat Hakim Firuz hari ini adalah untuk menentukan sama ada peguam Umno itu boleh dituduh menghina mahkamah kerana ulasan kes dibuatnya. – 14 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen