Serangan kapal tangki Teluk 'pertikaian yang serius', kata UAE 


Kapal tangki Kokuka Courageous merupakan salah satu daripada kapal yang diserang di Teluk Oman.– Gambar EPA, 14 Jun, 2019

EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) berkata, dua serangan ke atas kapal tangki di Teluk Oman beberapa minggu selepas beberapa kapal dirosakkan di perairan UAE merupakan petanda “pertikaian yang serius”.

“Serangan ke atas kapal tangki di Teluk Oman satu perkembangan yang embimbangkan dan pertiakian yang serius,” kata menteri hal ehwal luar UAE, Anwar Gargash.

Gargash turut menyelar serangan peluru berpandu pemberontak Yaman yang menyebabkan 26 orang awam cedera di lapangan terbang Arab Saudi pada Rabu.

Beliau berkata, “serangan secara terang-terangan” itu hnaya serangan terbaharu pemberontak yang “merendahkan usaha politik PBB dan sebagai mesej keganasan yang berterusan.”

Perkembangan ini memerlukan tindakan daripada masyarakat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di rantau ini, kata Gargash.

“Tanggungjawab untuk mengelakkan pertikaian adalah kolektif.”

Dua kapal tangki berkenaan, satu yang diuruskan oleh Norway dan satu lagi milik Jepun, dibakar di Teluk Oman di pesisir pantai Iran, meningkatkan ketegangan di seluruh wilayah itu dan menyebabkan kenaikan harga minyak dunia.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo berkata, terdapat bukti kukuh Iran bertanggungjawab, selepas Pusat Pemerintah AS melaporkan terlihat kapal peronda Iran mengalihkan “periuk api tidak meletup” di haluan slaah sebuah kapal terbabit.

Menteri Luar Iran Mohammad Javad mendakwa pentadbiran AS terburu-buru dalam membuat pertuduhan terhadap Iran tanpa memberikan bukti yang kukuh. – AFP, 14 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen