SYARIKAT dari Rusia dan Eropah kini mengintai peluang dalam pelaburan di sektor minyak dan gas Lubnan berikutan kesediaan negara itu untuk melancarkan carigali minyak di luar pesisir menjelang akhir 2019, kata Menteri Tenaga Nada Boustani.
“Beberapa syarikat besar telah mengadakan lawatan ke Lubnan,” kepada AFP dalam satu sesi wawancara.
“Kita bercakap mengenai Gazprom (Rusia), Lukoil (Rusia), dan tak lama lagi syarikat BP (Britain) dijangka akan membuat lawatan,” kata menteri berkenaan di pejabatnya di Beirut.
“Turut menyatakan minat adalah syarikat Total (Perancis), Eni (Itali) dan Novatek (Rusia).”
Syarikat minyak dan gas daripada Amerika Syarikat bagaimanapun masih belum menyertai sebarang bidaan.
Namun pegawai dari Jabatan Negara AS David Satterfield memberitahu Boustani pada Rabu bahawa Washington “tiada masalah dengan penyertaan syarikat AS” dalam sektor tenaga dan menyifatkan ia sebagai “langkah positif”.
Tahun lalu, Lubnan menandatangani kontrak pertama untuk cari gali minyak di perairan negaranya. – AFP, 14 Jun, 2019
Komen