PRESIDEN Iran Hassan Rouhani menyatakan kehadiran Amerika Syarikat merupakan ancaman global yang serius dan memberi kesan kepada kestabilan di wilayah Teluk yang sedang bergolak.
“Kerajaan AS sejak dua tahun lalu, melanggar semua peraturan antarabangsa dan menggunakan sumber ekonomi, kewangan dan tentera, dan mengambil langkah agresif menyebabkan wujud risiko ancaman kepada kestabilan di wilayah ini dan di dunia,” kata Rouhani dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian ketika bercakap pada mesyuarat Organisasi Kerjasama Shanghai di Bishkek berhuung sekutu keselamatan termasuk China, India dan Rusia.
Rouhani turut mengkritik AS kerana menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 dengan Iran dan mengatakan Washington memaksa negara dan pihak lain untuk melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB dalam hubungan perdagangan dengan Tehran.
Beliau turut menggesa pihak lain dalam perjanjian itu untuk “menjalankan kewajipan mereka secepat mungkin” agar Tehran daat memajukan kepentingan ekonominya di bawah perjanjian itu.
Rouhani tidak merujuk keepada situasi di Teluk yang mana AS menuduh Iran sebagai dalang serangan dua kapal tangki.
Iran pada Jumaat menolak dakwaan AS dan menyifatkan ia sebagai tuduhan yang “tidak berasas”. – AFP, 14 Jun, 2019
Komen