2 juruterbang terbunuh dalam nahas pesawat tentera Vietnam 


Pesawat Yak-52 mula digunakan untuk penerbangan pada 1976 di Rusia dan kemudian dikilangkan di Romania oleh Aerostar. – Gambar Youtube, 14 Jun, 2019

DUA juruterbang terbunuh di Vietnam selepas pesawat tentera mereka terhempas ketika sesi latihan, menurut pihak berkuasa.

Walaupun Vietnam memiliki rekod penerbangan awam yang baik, nahas pesawat dan helikopter sering berlaku dalam tentera, yang bergantung kepada peraltan import, kebanyakanya daripada Rusia yang merupakan sekutu lamanya.

Dua juruterbang terbabit terbunuh dalam nahas yang berlaku di kawasan pergunungan di wilayah Khanh Hoa apabila pesawat dua tempat duduk buatan Rusia Yakovlev Yak-52 terhempas.

“Seorang ditemui mat di tempat kejadian manakala seorang lagi mati ketika dalam perjalanan ke hospital,” kata ketua masyarakat setempat lokasi nahas, Nguyen Ngoc Khue.

Lokasi nahas ditutup untuk siasatan dan gambar media di negeri itu memaparkan kepulan asap kelihatan dari kawasan kejadian.

Pesawat Yak-52 mula digunakan untuk penerbangan pada 1976 di Rusia dan kemudian dikilangkan di Romania oleh Aerostar. Ia direka khas untuk melatih juruterbang awam dan tentera di negara bekas Soviet Union. – AFP, 14 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen