Omar Al-Bashir didakwa lakukan rasuah


Pejabat pendakwa Sudah sudah menyelesaikan siasatan terhadap dua kes membabitkan bekas presiden Omar Al-Bashir kerana 'memiliki mata wang asing dan memperolehi kekayaan secara haram'. – Gambar EPA, 14 Jun, 2019.

PEJABAT pendakwa Sudan pada Khamis mendakwa bekas presiden Omer Al-Bashir kerana melakukan rasuah, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Agensi berita SUNA mengesahkan pejabat pendakwa telah menyelesaikan siasatan terhadap dua kes membabitkan bekas presiden itu, “memiliki mata wang asing dan memperolehi kekayaan secara haram”.

Bashir juga dituduh mengeluarkan arahan agar penunjuk perasaan yang menyertai bantahan pada Disember 2018 dibunuh. – Bernama, 14 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen