Cameroon edar 15 juta kelambu cegah penularan malaria


Nyamuk tiruk yang menjadi punca kepada penularan wabak malaria di Cameroon. – Gambar AFP, 14 Jun, 2019.

KERAJAAN Cameroon pada Khamis melancarkan kempen untuk mengedarkan 15 juta kelambu dalam usaha mengurangkan penularan wabak malaria, lapor agensi berita Xinhua.

“Sasaran kami ialah di kawasan paling teruk terjejas. Kempen ini diharap dapat mencatatkan sekurang-kurangnya 50% penurunan jumlah kes dan kematian,” kata Menteri Kesihatan Awam, Manaouda Malachie.

Cameroon mencatatkan penurunan jumlah kematian malaria dalam tempoh tujuh tahun lalu,

Sementara itu, kadar prevalens menurun dari 33% pada 2011 kepada 24% pada 2018 berikutan peningkatan langkah-langkah pencegahan dan rawatan, kata Setiausaha Agung Kementerian Kesihatan Awam, Sinata Koulla-Shiro.

“Antara usaha yang menyumbang kepada penurunan termasuk rawatan pencegahan percuma untuk wanita hamil dan kanak-kanak di bawah umur lima tahun, selain mengurangkan kadar bayaran mendapatkan rawatan,” kata Koulla-Shiro. – Bernama, 14 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen