20 calon Demokratik layak sertai debat presiden AS


Bekas naib presiden AS Joe Biden tersenarai antara 20 calon yang layak untuk menyertai pusingan pertama debat presiden. – Gambar EPA, 14 Jun, 2019.

JAWATANKUASA Kebangsaan Demokratik (DNC) pada Khamis mengumumkan 20 calon yang layak untuk menyertai pusingan pertama debat presiden, lapor  agensi berita Xinhua, memetik Twitter DNC.

Senarai calon itu termasuk bekas naib presiden Joe Biden, Senator Bernie Sanders dari Vermont, dan Senator Kamala Harris dari California.

Setiap calon perlu mempunyai sokongan satu peratus undian dalam tiga pusingan kelayakan atau menerima sumbangan sekurang-kurangnya 65,000 daripada penderma.

Dihoskan NBC News, MSNBC dan Telemundo, debat selama dua hari, bermula 26 Jun di Pusat Adrienne Arsht, Miami, Florida.

Acara itu akan disiarkan secara langsung di ketiga-tiga rangkaian mulai pukul 9 malam hingga 11 malam (0100 GMT hingga 0300 GMT pada hari berikutnya). – Bernama, 14 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen