KIRA-KIRA 135,000 pegawai penguatkuasa undang-undang akan ditugaskan untuk memastikan keselamatan semasa pilihan raya mengejut pada 21 Jun ini, kata Menteri Penasihat Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine, Ivan Stoyko pada Khamis.
Stoyko berkata kementerian serta beberapa pihak berkuasa tempatan negeri bersedia untuk bersama-sama mengawal proses pilihan raya itu, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut kenyataan polis Ukraine, 75 kes jenayah berkaitan proses pilihan raya dilaporkan sejak kempen bermula.
Pada 21 Mei, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menandatangani dekri untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan. – Bernama, 14 Jun, 2019.
Komen