Polis Brazil soal siasat Neymar atas dakwaan rogol


Pemain bola sepak termahal di dunia Neymar diiringi polis pengiring ke balai polis Sao Paulo untuk disoal siasat atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah hotel di Paris bulan lalu. – Gambar EPA, 14 Jun, 2019.

POLIS Brazil semalam menyoal siasat pemain bola sepak Neymar yang dituduh merogol seorang wanita yang dikenalinya di media sosial di sebuah hotel di Paris bulan lalu.

Bersama polis pengiring, pemain bola sepak termahal di dunia itu dibawa ke balai polis Sao Paulo.

Menggunakan sut hitam, pemain bola sepak itu kelihatan bertongkat akibat kecederaan buku lali kanan yang dihadapinya selepas perlawanan persahabatan pra-Copa Amerika melawan Qatar minggu lalu.

Neymar hadir ke balai polis selepas pihaknya memfailkan saman fitnah terhadap wanita berkenaan.

Neymar yang bermain untuk Paris Saint-Germain sebelum ini memberi kenyataan kepada polis Rio de Janeiro mengenai mesej melalui aplikasi WhatsApp yang disiarkan di akaun Instagramnya yang menampilkan foto intim Trindade.

Beliau memberitahu polis bahawa pembantu dan juruteknik bertanggungjawab untuk berkongsi mesej serta gambar yang dilaporkan oleh TV Globo sebelum ini.

Menurut satu tinjauan yang dilakukan baru-baru ini melibatkan 2,071 penduduk, lebih 60 peratus rakyat Brazil percaya Neymar tidak bersalah.

Hanya 14 peratus berpendapat pemain bola sepak itu bersalah. – AFP, 14 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen