Kehadiran tentera di loji minyak Libya cetus kebimbangan


Kehadiran tentera di loji minyak Ras Lanuf menimbulkan kebimbangan kerana ia akan terdedah kepada sasaran ketenteraan, boleh menyebabkan kemusnahan infrastruktur minyak dan mencetuskan krisis ekonomi di Libya. – Gambar EPA, 14 Jun, 2019. 

PERBADANAN Minyak Nasional (NOC) Libya pada Khamis menyuarakan kebimbangan mengenai “peningkatan kehadiran tentera” di sebuah terminal minyak di timur Libya, lapor agensi berita Xinhua.

“Tindakan itu boleh menyebabkan pegawai NOC yang ditempatkan di pelabuhan terbabit dipanggil balik atas faktor keselamatan,” kata NOC dalam kenyataan.

Puluhan anggota tentera berada di loji minyak Ras Lanuf sejak awal bulan ini, untuk mengawal bangunan dan 31 asrama pekerja.

“Kehadiran tentera itu, risiko yang tidak boleh diterima oleh pekerja kerana loji itu akan terdedah kepada sasaran ketenteraan, boleh menyebabkan kemusnahan infrastruktur minyak dan mencetuskan krisis ekonomi di Libya,” kata Pengerusi NOC, Mustafa Sanalla.

Terminal minyak Ras Lanuf, merupakan rantau yang mempunyai pelabuhan minyak terbesar di Libya dan dikuasai tentera yang dipimpin Jeneral Khalifa Haftar. – Bernama, 14 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen